arghhh...!!
dah lame aq minat dier...mula2 aq tengok mase citer crows zero 1 ngan 2 .......best ...dier berlakon jadi Takiya Genji...pastu citer Hana Kimi ....berlakon jadi Sano Izumi...muka dier masam sokmo...tapi..!!...ttp hensome...Oguri memasuki industri lakonan bukan kerana dia mengetahui bahawa dia mempunyai bakat besar dan bukan kerana dia mahu mengejar keghairahan dirinya, tetapi kerana dia sangat meminati
Uchida Yuuki, seorang pelakon wanita Jepun. Dia menyukai lakonan Uchida dan merupakan peminat utamanya. Disebabkan mahu bertemu dengan Uchida, Oguri menyertai teater kelas lakonan. Dia mengakui bahawa dia tidak begitu menyukai teater atau kelas lakonan, tetapi entah kenapa, keinginannya untuk bertemu dengan idolanya -- dan gadis-gadis cantik dalam kelasnya -- sentiasa mendorongnya. Sekarang, Oguri mengatakan bahawa lakonan adalah hidupnya dan tidak mahukan yang lain.
Peranan debut pertamanya ialah watak kanak-kanak yang dibuli dan didera dalam drama
Great Teacher Onizuka (1998), ketika berusia 16 tahun. Lakonannya menarik perhatian ramai dan dari situ, dia beralih ke peranan yang lebih besar. Peranan cemerlangnya ialah watak Rui Hanazawa dalam
Hana Yori Dango, walaupun peranan utama pertamanya dalam drama ialah
Shinichi Kudo dalam
Detektif Conan. Oguri mempunyai bakat yang lebih daripada cukup untuk watak utama, tetapi dia pernah menyebutkan bahawa dia sebenarnya menggemari watak sampingan. Selain berlakon, dia juga adalah seorang
DJ. Dia mengacara sebuah rancangan radio yang dipanggil
All Night Nippon. Seorang pelakon yang menarik, dia membintangi peranan-peranan seperti orang pekak dalam
Summer Snow, seorang teruna yang kegersangan dalam
Stand Up!!, sebagai Rui Hanazawa yang pendiam dan tenang dalam Hana Yori Dango (Boys Over Flowers), dan sebagai Haruhiko Uchiyama, budak nakal dalam
Gokusen. Pada musim panas tahun lepas, dia telah membintangi watak Izumi Sano dalam drama
Hanazakari no Kimitachi e. Sekarang dia sedang memegang watak mahasiswa universiti yang suka menolong orang lain tetapi menanggung beban hutang yang besar bernama Kazumi Koyama dalam drama berjudul
Binbō Danshi..huhu..